Wednesday, November 25, 2009

Seorang TUA di pinggir FELDA

weekend baru ni 21 Nov 09, sahabat sekerja saya sdr Fendi telepon, dia kata sdra Wahab (Pengerusi Biro Amal NGO Wargakilang.com) ajak masuk kg. Ada orang call Wahab bagitau pasal sorang nenek tua yg hidup merempat - rumah ada, tapi tak boleh nak duduk sebab lantai dan tiangnya reput, tunggu masa ja nak rebah ke bumi.

So, dlm dok kalut dengan urusan peribadi masing-masing; hari tu Sabtu 21/11/09, kami diberi izin dan kelapangan oleh Allah SWT untuk berkunjung ke sana, ke rumah sorang nenek tua di Kg Kuala Cahaya di pinggir tanah rancangan Felda Teloi Kanan dalam DUN Kuala Ketil, di bawah jajahan Baling.





Kami tiba di sana dalam suasana hujan renyai-renyai. Waktu tu, nenek tua berkenaaan, Tok Rokiah tengah tumpang berteduh di rumah Mama Midah, jirannya seorang Ibu Tunggal anak 9 kalau tak silap.






Mengikut kata Mama Midah, macam tu lah nasib Tok Rokiah ni, hari-hari macam tu, hanya menumpang dan mengharap simpati jiran-jiran. Kadang-kadang menumpang di rumah Mama Midah, kadang-kadang di rumah Tok Neng, kadang-kadang singgah makan di rumah Makcik Minah atau pun di rumah jiran-jirannya yang lain. Mungkin macam itulah kot nasib orang tua macam beliau ini, seolah-olah macam kucip kurap - ke sana ke sini tiada yg peduli, kalau ada sisa sisa nasi dapatlah rezeki, kalau tidak berlaparlah jawabnya.

Selalunya, kalau ketemu org-org tua yg senasib dgn Tok Rokiah ini, bila saya tuliskan kisah mereka, pembaca selalu curious dan bertanya "Awat hangpa tak hantaq dia pi rumah org-org tua?".

Ini saja lah nak habag, org2 mcm depa ni buka nak dok rumah org2 tua itu, cuba baca tulisan saya yg terdahulu, kisah Pak Mat yg hidup merempat kat rumah yg x serupa rumah itu, bila kami arrange bagi dia duduk di rumah org tua di Pengkalan Hulu, Perak sana, sekejap saja, terus dia balik mai tempat asal dia semula, depa tak selesa hidup kat rumah org2 tua yg "terpenjara" mcm tu. Bagi depa, buruk buruk rumah depa pun, depa prefer tinggal di rumah depa sendiri.

Berbalik kpd kisah Tok Rokiah, mengikut kata Mama Midah ibu Tunggal yg prihatin ini, depa jiran-jiran tengah dok pakat nak beli bata simen dll nak buat rumah kecik (agak-agak besar bilik tidur kita) kat tanah kosong belakang rumah Mama Midah tu untuk Tok Rokiah berteduh dan menjadi tempat tinggal dia menggantikan rumah kayu dia yg begitu teruk mereputnya - kami nak jijak kaki naik tangga itu pun tak berani, takut bedebub jatuh!

Mengikut plannya, 29 Nov 09 ini bermula jam 9.00 pagi depa pakat nak buat gotong royong nak buat rumah simen untuk Tok Rokiah ini.

Sapa-sapa yg ada masa, bolehlah turun mai pakat tolong bancuh simen, ikat bata ka apa. Moga usaha dan bantuan kita yg tak seberapa itu akan dikira sebagai satu balasan pahala yg berkekalan di Akhirat sana.






Oh ya, ada org tanya YB ka Menteri ka sapa ka, depa pi mana?

Hat tu tok sah dok kira la, depa buat kerja depa, kita buat kerja kita.

Di Akhirat nanti kita akan ditanya cara kita, dan depa pun PASTI nya akan ditanya juga akan kerja dan tanggungjawab depa. Sapa-sapa ada masa, mailah turun 29 Nov 09.


wsl

moniermatdin@yahoo.com
26.11.09
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

Tuesday, September 8, 2009

Realiti Hidup: secebis kisah

Ahad baru ni saya balik ke kampung asal saya di Baling sana. Bukannya apa, rasa bersalah sangat dok tengok kain baju terpakai yang Cikgu Ayub dok kutip kat sekolah dia, dan yang Cikgu Ramlan dok hantaq mai tu makin dok berlonggok kat rumah saya ini. Saya terasa macam "tuan-tuan" punya baju tu dok gamit saya suruh hantaq baju-baju tu pi kat depa.

Betoilah telahan saya, bila sampai saja di kampung saya tu, bila bawa turun kain baju tu kat rumah Puan Sadariah (yg pulang ke kampung menetap di rumah pusaka arwah org tuanya menjaga abang dan adik OKU serta anaknya yg juga OKU - dan beliau sendiri diuji dengan tidak lagi mampu mengandung setelah kelahiran anak OKUnya ini, dan suaminya pula dot dot dot), rupa-rupanya Puan Sadariah dan jiran-jirannya memang ternanti-nantikan kedatangan atau pun kepulangan saya.







Kata Puan Sadariah:

"Ha, baru dua tiga hari lepas ada depa (jiran-jiran) dok mai tanya, tak ada ke lagi baju-baju baru?" - (maksudnya bekalan baju terpakai yg terbaru, last sekali saya bawa balik entah beberapa bulan lepas)

Pn Sadariah jawab:

"Entahlah, rasanya dalam sehari dua ini Munir bawa balik kot"

Jadi, depa memang dok expect saya balik, dan alhamdulillah Ahad baru ni saya bawa balik sedikit sumbangan kain baju terpakai hasil usaha Cikgu Ayub dan Cikgu Ramlan, jiran setaman saya itu. Depa memang excited sungguh, tak dan apa-apa lagi saya dengar Pn Sadariah dok keloi (panggil) Kak Tikah jiran sebelah rumah tepi pokok rumbia itu dan juga Makda Gayah serta Tok Esah jiran sebelah rumah. Turut berada di rumah itu ialah Kak Nah yg saya kenal sejak kecik lagi.

Terus depa mai, dan pakat dok bey-dak (agih-agihkan) kain baju itu.

Kata Kak Nah:

"Ha, hat ini besaq sangat, tak muat kita-kita ni, lipat elok-elok nanti kita bawa pi kat rumah Kak Piah, saiz ni sesuai untuk dia"

Tu dia - depa bukan tamak dok kutip untuk depa saja, tapi jiran yg senasib dengan depa pun depa ingat jugak.

Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini, rasa terharu dan teruja saya bila tengok depa ceria sungguh dok bukak kain baju itu kotak demi kotak. Sesekali depa ketawa riuh rendah bila jumpa kain baju dan tudung yg pelik-pelik, ada satu tudung tu macam tudung bollywood siap ada manik berkilat-kilat kat depan dahi, riuh rendah depa pakat dok buat lawak.




Saya lihat Kak Tikah (dgn dua org anak kecik yg ikut bersama - dia ada 7 atau lapan org anak kecik kecik kalau tak silap) sedikit ralat sebab kain baju yg cikgu ayub dan cikgu ramlan bagi tak ada untuk anak-anak kecik. Kak Tikah kalau boleh nak sangat seluar baju itu untuk dijadikan baju raya untuk anak-anak dia.




Tok Esah dan anaknya Makda Gayah pula dok pulun cari tudung. Ada satu tudung tu, Makda Gayah kata beli kat org Patani yg masuk jual kat kg tu mau dekat RM27, ini free sapa tak mau.
Cuba tengok gambar Tok Esah dok try tudung-tudung ini, nampak ceria sungguh depa-depa ini. Buat seketika dapatlah lupa lupakan sekejap hujan gerimis yg menghalang depa drpd keluar menoreh hari itu.


Yang paling banyak cakap, pot pet pot pet tak berenti-renti mestilah tuan rumah, iaitu Pn Sadariah, sambil dok lipat kain baju untuk diagih-agihkan kpd jiran-jiran yg lain, sambil dia dok sembang macam-macam. Antara yg saya ingat, Pn Sadariah kata:




"Hang tau Munir, depa-depa ini (org kampung) kalau ada DUIT - yang penting ialah nak beli MAKAN - kain baju tak penting, tak beli pun tat pa!"

Tu dia, termangu saya buat seketika, rasa bersalah pun ada rasa serba salah pun ada. Sebabnya, saya adalah anak jati kampung itu, waktu saya nak pi Amerika dulu, waktu buat kenduri turun tangga (kenduri kesyukuran) di kampung itu hari tu, arwah ayah dan arwah mak Pn Sadariah inilah antara yg paling kelam kabut dengan majlis kenduri itu. Waktu nak ke KL, nak naik kapalterbang pi Amerika, saya masih ingat lagi org-org kampung (kebanyakannya dah arwah dah) depa pakat mai hulur singgit dua kat saya - sampai la ni saya tak akan lupa.

Saya berasa salah sangat-sangat sebab di kala saya sekarang ini boleh dikatakan hidup dalam serba kemewahan (duduk rumah Banglo, pakai Triton, ada maid dll) tapi anak-anak arwah yg pernah membantu saya sewaktu kecil dahulu, anak-anak mereka di kampung saya itu masih hidup dalam serba kekurangan; nak beli kain baju pun terpaksa utamakan makan minum dahulu. Saya saya sedih sangat.

Saya mungkin tak mampu nak bantu mereka semua sekali, tetapi saya rasa kalau dengan sedikit sumbangan kain baju itu mampu menceriakan mereka, maka itu pun sudah memadai.

Lihatlah gambar Kak Nah di bawah ini; waktu saya sampai tu Kak Nah macam juga tipikal wanita-wanita di kg saya, sesama adik beradik tidak bertudung, bila keluar rumah atau pun ke mana-mana baru nak pakai tudung.

Belek pi belek mai, Kak Nah terjumpa sehelai tudung yg dia berkenan, terus Kak Nah try tudung itu. Tu dia, nampak ayu sungguh Kak Nah dengan tudung ni, kalah janda ustaz rock yg glamor itu. Kata dua pupu Kak Nah, abang Taufik yg ada sekali kat situ:

"Tu dia Kak Nah - kalah Minah Patani kat kedai Tom Yam!!"

Kak Nah tersenyum malu.




Kak Nah cumalah seorang Surirumah dan Penoreh Getah sepenuh masa; walaupun tanpa mekap tapi wajah Kak Nah memang ada gaya seorang model. Mungkin itulah antara kelebihan org-org kampung seperti Kak Nah, mereka tidak perlu habiskan beratus-ratus ringgit sebulan beli mekap untuk bagi nampak lawa. Hanya dengan sentiasa ceria dan bersyukur dengan apa yg ada, itu sudah cukup buat mereka.

Bagi sesetengah org, kain baju dan tudung-tudung yg menjadi rebutan Pn Sadariah, Makda Gayah, Tok Esah dan juga Kak Nah itu mungkin agak segan untuk dipakai sebab sudah out dated fesyen nya, tapi bagi Kak Nah dan jiran-jiran, di kampung ini tidak ada istilah "out-dated" buat mereka. Apa-apa saja pakaian yg dihulurkan, mereka terima dengan tangan terbuka dan penuh kesyukuran.

Cumanya, mcm kata Kak Tikah dan juga Pn Sadariah:

"Kalau boleh dapat pakaian budak-budak, elok sangatlah - boleh buat baju RAYA!!"

So, siapa-siapa yg ada baju-baju budak dan juga pakaian lelaki dewasa, bolehlah hulur pi kat depa, insyaallah depa akan appreciate dan menghargainya sangat-sangat.

Sekian.

Moga ada manafaatnya.
moniermatdin@yahoo.com
9.9.09
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Sunday, September 6, 2009

Jln-Jln Masuk Kg: Ramadhan 2009


Semalam 5-Sept-09, alhamdulillah seperti yg dirancang, bersama-sama dengan lebih kurang 30 orang rakan, dan di seperti musim ramadhan yang lepas-lepas, expedisi jln-jln masuk kampung untuk menjengah dan menghulurkan sumbangan kpd keluarga-keluarga yang memerlukan telah berlangsung dengan jayanya.

Saya pada mulanya agak risau juga kerana selepas tersiar artikel saya mengenai rancangan nak masuk kg 5 hb tu di merata blog dan mailing list, saya banyak menerima email dan sms drpd mereka yg berminat nak turut serta; bukannya apa saya risau takut tak dapat nak handle kalau terlalu ramai sangat yg nak turun. Hasilnya, alhmdulillah semalam, sewaktu berkumpul di KHTP parking lot dan juga di Petronas Sg Seluang, hasilnya setelah disusun pi susun mai, ada beberapa org yg terpaksa tinggalkan kereta mereka di KHTP, dan naik kereta-kereta lain nak bagi kurang sesak, last sekali cuma tinggal 11 kereta yang ikut pi; itu pun dah kira banyak dah tu.

Satu lagi, saja nak habag, inilah kot yg dinamakan The Power of the Internet, hat turut serta selepas terbaca artikel Tazkirah Ramadhan: Jln-Jln Masuk Kg dlm pelbagai blog itu bukan saja geng-geng kerja kilang, tapi yg bukan geng kilang pun ada juga; antaranya ialah Dr Ramlee pakar bius dari Hospital Besar Pulau Pinang, sdra Zahari dari CIMB bank dan sdra Syazwan, pensyarah dari UiTM Permatang Pauh; terima kasih. Dan, terima kasih juga diucapkan kpd admin blog-blog berkenaan, moga sekiranya ada sedikit pahala daripada kerja buat rakan-rakan kami ini, tuan-tuan empunya blog itu juga insyaallah akan tertempias juga pahalanya, mudah-mudahan.

Mewakili AJK NGO Wargakilang, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd rakan-rakan dari perlbagai kilang yang turut serta dan memberi sokongan untuk expedisi kali ini, antaranya ialah dari kilang INTEL (paling ramai sekali), Fuji, Seagate, Modenas, 1st Solar, Precico, Jabil (ramai jugak), Venture, Lumiled dan juga Continental; ada juga rakan-rakan dari kilang lain yg nak turut serta tapi sebab kerja shift dsg, tak dapat nak turun mai.

Berikut adalah catatan ringkas untuk perkongsian:

Rumah (1): Rumah anak-anak yatim piatu di Kg Paya Ketiau,
Padang Serai Kedah.

Lihatlah sendiri gambar yg disertakan, boleh lihat garis-garis kepiluan yang terserlah di wajah-wajah anak-anak ini. Saya tersentuh dengan nada sebak Abang Man (bapa saudara mereka yg sulung) tatkala mengucapkan t.kasih di atas kunjungan yang begitu ramai ini (11 bijik kereta). Waktu dok sembang dengan Bang Man kat luaq rumah itu, Bang Man ada cakap, bukan senang nak jaga anak-anak yatim piatu ini sebab garisannya terlalu tipis umpama kulit bawang, jika tersilap maka API NERAKA lah jawabnya. Maka, memang berat sungguhlah tugas Abang Man dan adik-adiknya (sdra Azmi dan Kak Mek) untuk menguruskan anak-anak yatim piatu 5 bersaudara ini. Satu cabaran sebenarnya buat mereka. Semoga sumbangan secara terus oleh sahabat-sahabat yg berkunjung ke rumah mereka itu, sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan menceriakan anak-anak arwah menyambut aidilfitri.






Rumah (2):
Dari kawasan Parlimen Padang Serai kami bertolak ke kawasan Parlimen Sik, di situ kami singgah di sebuah rumah di pedalaman kawasan kebun getah tradisional. Satu keluarga yg tidak punya kerja tetap, mengharapkan kerja-kerja kampung di samping terpaksa menjaga dua org tua yg seorangnya buta. Tidak banyak yg mampu diceritakan mengenai keluarga ini, cuma ianya typical keluarga susah yg hidup nun jauh di pedalaman kebun-kebun getah di negeri Kedah ini. Sumbangan beras dan makanan kawan-kawan itu, tuan rumah itu habag akan diagih-agihkan kpd jiran-jiran sekeliling yg kami lihat lebih kurang sama susahnya dgn beliau.




Dlm perjalanan keluar meredah mini tar lama dlm kebun getah itu, saya berhenti mengejut kat satu selekoh, kwn-kwn dok hairan pasal apa - saya tak sampai hati tengok satu rumah kat tepi
pokok getah tu - mcm pondok mainan ka apa, saya panjat belakang Triton saya, ambik beras 3 kampit terus pi huluq bagi.


Rumah (
3): Dari jln besar, lebih kurang 2 km, kami terpaksa hadkan 4 bijik keta saja masuk, sebab kalau semua 11 keta masuk nanti ada masalah nak kona balik. Pakcik tua dlm gambaq (Tok Wan) ini begitu sebak dan hampir mengalirkan air mata, mungkin sbb dia terharu kerana masih ada insan yg sudi mai jenguk rumah anaknya yang agak jauh terpinggir ke dalam hutan getah itu. Ada satu gambaq kat situ yg saya tak sampai hati nak siar; cuma on the way keluar, saya habag kat kwn dalam kereta itu: "Mcm tu lah nasib rakyat marhain kat bawah ni - last sekali yg depa dapat cuma saki baki bendera p.raya hari tu, untuk dibuat tutup bilik air tak bagi org nampak waktu mandi" . Ironiknya, bendera besar penutup bilik air tu, lambangnya secara tidak sengaja diletakkan terbalik - kalau di Amerika, itu adalah lambang S.O.S - distress signal: isyarat ada org perlukan bantuan kecemasan!




Rumah no 4 & 5.

Dari sana kami terus ke kawasan Parlimen Pendang, dlm DUN Sg Tiang kalau tak silap: bab org miskin ini tak kira DUN sebenarnya, tak kira siapa YB, tak kira parti, org miskin ini mana-mana tempat pun ada, terpulang kpd kita nak ambik berat atau pun tidak. Yg saya nak tulisnya, ada dua buah rumah Ibu Tunggal yg kami kunjungi di situ - saya tak pernah merasai hidup sewaktu kecil tiada beribu atau pun tiada berayah - jadi saya tak berapa dapat menyelami bagaimana susahnya seorang Ibu Tunggal atau pun anak-anak itu sendiri besar cuma bergantung harap kpd ibu mereka semata-mata untuk mencari rezeki, apatah lagi cuma sebagai seorang penoreh getah di pokok org yg hasilnya bukan sahaja kena dibahagi 2, tapi pendapatannya pula tak menentu bergantung kpd cuaca dsgnya.





Kami berharap sumbangan beras entah beberapa kampit itu (saya tak kira) drpd rakan-rakan yg turut serta sedikit sebanyak mampu meringankan beban Ibu-Ibu Tunggal ini khususnya di musim-musim yg sebegini.
Opss, ada sedikit cerita nak dikongsi, seorang Ibu Tunggal itu menangis teresak-esak bila seorang sahabat kami yg betul lurus bertanya bila laki dia tu mati? kisah ini mengingatkan saya dlm satu jln-jln masuk kampung beberapa tahun dulu bila seorang pakcik tu mcm tak mau jawab bila saya tanya sejak bila dia buta, sehinggalah kwn saya menyampuk dan bertanya dia sejak bila mata dia kelam? rupa-rupanya kita mengaji tinggi-tinggi pun belum sampai cucur atap lagi, banyak nak kena mengaji lagi ni.


Rumah (6): Penoreh Getah anak 8.

Hat ni saya tak tau nak kata apa, saya boleh kata arwah pak saya pun penoreh getah jugak tapi anak-anak semua habis mengaji - tapi perjalanan takdir abang dlm gambar ini mungkin tak sama dengan kami sekeluarga, maka tak bolehlah nak dibuat perbandingan. Rumah abang ini mengikut perkiraan kami agak jauh ke dalam, dia ada 8 orang anak, hat sulung terpaksa berhenti waktu form 4, hat no-2 berhenti lepas darjah enam - kalau tak silap. Hat lain-lain rasanya dok tunggu masa saja nak berhenti. Bila kami tanya lebih details, dia habag dia ada masalah nak hantar dan ambik budak2 tu sekolah dengan mutu - jauh nak keluar ke jln besar nu; pernah anak-anak dia nangis tunggu ayah (yg sibuk di kebun getah) tak mai-mai ambik lagi sedangkan org semua dah balik. Lalu, anak-anak dia kerap ponteng.





Bila selalu ponteng, cikgu pun rajin bertandang ke rumah: susah-susah punya pasal, bukan dia suruh, tapi anak-anak dia yg mintak nak berhenti. Saya tanya Tuan Pensyarah kita, sdra Syazwan dari UiTM tu kot-kot ada solution, nampak gayanya bukan kata saya atau pun Abang tu, pensyarah kita pun termangu tak tau nak kata apa. Bila ditanya mcm mana bila musim hujan tak leh menoreh, abang ini jawab "Kena Pekin la!!".
Apa itu PEKIN? - saya pun tak tau; nak kena balik cek kamus dewan!!


Rumah (7): Abang Malek, kerja kampung anak 10.

Saya dpt nama beliau drpd seorang cikgu. Abang Malek merupakan org masjid dan termasuk dlm senarai penerima zakat Masjid di situ. Kami bertolak ke rumah beliau selepas bersolat zohor di masjid perupuk. Since dari masjid ke situ tak lalu jln besar, tapi melalui permatang (batas sawah), kwn-kwn pakat berebut-rebut naik belakang dua tiga bijik 4WD yg turut serta tu. Memang satu pengalaman yg tak dapat digambarkan, dok kat belakang 4WD meredah kawasan bendang.






Rumah (8): rumah last.

Hat ni macam dalam personal email sdra Aznee (dari INTEL) kepada rakan-rakan di kilangnya; beliau tulis:

"Last page dah - tak mau tulih apa dah - macam Nabil kata "lu pikir la sendiri"








Saya pun tak mau ulas apa-apa, cuma nak habag, saya sempat panggil Doktor Ramlee, doktor pakar yg turut serta tu, minta pandangan dia mengenai telaga belakang rumah itu yg dari jauh nampak mcm telaga, bila pi dekat memang ada ayaq tapi penuh daun-daun hutan dan dah naik warna coklat airnya. Sorang sahabat tu buat lawak, dia kata itulah dia yg dinamakan ayaq mineral. Doktor Ramlee cakap ayaq itu tak berapa baik untuk kesihatan. Entahlah, mungkin after sometimes, mcm gak virus H1N1, keluarga ini sekarang mungkin sudah punya anti-bodi tersendiri yg mengizinkan mereka untuk terus survive dengan bekalan air seperti ini.


Maka, perjalanan kami yg bermula lebih kurang jam 8:30 pagi di Kulim Hitech Park itu berakhir lebih kurang jam 5:00 petang apabila masing-masing kembali tiba ke tempat bertolak atau pun terus pulang ke rumah masing-masing.


Sedikit keletihan, namun mungkin kerana keikhlasan dan juga dek tazkirah ringkas sebelum bertolak yg mengingatkan masing-masing agar jauhkan diri drpd sifat riak dan ujub tetapi tetapkan hati untuk mencari pahala dan redha illahi semata-mata, maka perjalanan yg sepatutnya memenatkan itu bertukar ceria umpamakan pergi trip keluarga ke mana-mana. Lihatlah photo di bawah ini, 11 kenderaan berkonvoi di tengah permatang, amat sukar dibayangkan perasaan waktu itu, seolah-olah alam dan diri bergabung menjadi satu, hanya mereka yg turut serta dapat merasai suasana damai ini. Moga di lain kali, Allah SWT akan memberi peluang untuk kami meneruskan expedisi-expedisi yg sebegini.



Last sekali, malam selepas berbuka, saya menerima sms drpd En Azmi, bapa saudara 5 beradik yatim piatu dari Paya Ketiau:


"Salam barokah buat Encik Monier sekluarga. Saya wakil dr kami smua sgguh trharu di atas daya usaha En Monier kpd anak2. Hnya Allah yg dpt mmblasnya..tkasih"


Saya reply balik, saya tulis:

" x pelu bertrimakasih kpd saya, itu smua sudah ada dlm jadual Tuhan..sudah ditetapkan sejak azali lagi, kita manusia hanyalah penyebab.Terima kasih krana memberi peluang kpd kami berbuat pahala"


Sekian kisah perjalanan kami kali ini, moga ada manafaatnya buat semua; moga ianya kalau tak banyak pun, sedikit sebanyak mampu menjadi pendorong dan pemangkin untuk rakan-rakan yang lain melakukan aktiviti yang serupa di tempat mereka.



moniermatdin@yahoo.com

6-Sept-09
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Wednesday, July 15, 2009

Ceramah Motivasi 'Aku Yakin Boleh'

15 July 2009



Hari sabtu yg lepas 11 Julai 2009, sekali lagi team Motivasi NGO Wargakilang.com dijemput untuk memberi ceramah motivasi kpd pelajar-pelajar sekolah, kali ini di Sek Men Keb Bakti, Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Sebelum ini, team ini sudah pernah turun memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, dan baru-baru ini di Kuala Lumpur dengan kerjasama Muslimat JIM Pusat.

Team Motivasi Wargakilang.com ini bukanlah terkenal macam syarikat-syarikat konsultant motivasi bertauliah yg selalu dok turun pi mtvc merata tu; ya lah org lebih prefer panggil pakar motivasi berbayar berbanding dgn team mtvc NGO Wargakilang.com yg dok buat kerja secara amal saja, FOC tanpa sebarang bayaran.

Malam itu, ada 5 orang penceramah Biro Motivasi Wargakilang yg turun:

1. Sdra Warikh, dulu kerja Engineer kilang, sekarang berkat kerja ikhlas dia dok buat kerja-kerja amal secara FOC ini, alhamdulillah Tuhan dah bayar cash kat dia. Beliau yg berkelulusan dlm bidang Engineering dari UK ini, sekarang dah bergelar Jutawan; beliau merupakan YDP NGO Wargakilang.

2. Sdra Yusaini, dulu kerja Engineer kilang gak, sekarang beralih arah jadi Pensyarah kat sebuah IPT tempatan, berkelulusan dlm bidang Engineering jugak drpd USA; beliau merupakan Pengerusi Biro Motivasi NGO Wargakilang.

3. Sdra Aznee, sekarang seorang Engineer, kat kilang INTEL, berkelulusan dari UK, pendatang baru dlm arena motivasi secara FOC ini. Terima kasih Aznee sebab sanggup turun mai mlm tu, tinggal anak bini, mai turun buat kerja amal semata-mata lillah hi taala nak kongsi ilmu dan tips/petua dengan anak-anak bangsa.

4. Sdra Azman, penceramah tetap team MTVC Wargakilang.com, seorang Engineer (dah melompat banyak kilang dah, pernah merasa pahit getir hidup dlm VSS), berkelulusan dari Ireland.

5. Last sekali, saya lah, anak kampung dari Baling, Kedah, memandai-mandai aja turun mai ceramah kat anak-anak org pekan kat Tasek Gelugor, Penang mana ni.

Saya rasa bukan isi ceramah tu yg saya nak habag, tetapi saya nak kongsi kat sini macam mana sambutan anak-anak kita kat sekolah tu; mlm tu yg turun semuanya budak-budak Asrama, sampai pukul 12:00 lebih budak-budak tu masih terpaku kat situ, tak nampak pun macam mengantuk ka boring apa ka; depa nampak puas hati sungguh, sehinggakan ada sekumpulan pelajar-pelajar tu siap hantar kami sampai ke pintu kereta.

Daripada sembang-sembang dgn depa lepas motivasi tu, saya merasakan bahawa anak-anak kita kat sekolah-sekolah nu depa amat dahagakan tips dan motivasi drpd kita-kita yg sudah berjaya dengan career masing-masing ini.

Kalau setakat tips/petua drpd pakar-pakar motivasi yg memang khusus dlm ilmu motivasi ini, depa dah selalu dengar dah. Depa nak dengar sendiri drpd mulut-mulut org-org yg sudah berjaya melalui pahit getir hidup seorang pelajar dan seterusnya seorang mahasiswa itu.

Saya seperti biasa, sebagai MC, saya selalu buka majlis dengan berkata:

"Adik-adik, pernahkah dengar cikgu kata belajar sampai BERJAYA?"

Pernah!!

"Macam mana yg dikatakan orang yang sudah BERJAYA?"

Masing-masing senyap.

Saya kata:
"Ha, di hadapan adik-adik ini, En Warikh, En Yusa, En Aznee dan En Azman; inilah antara contoh-contoh orang-orang yg sudah BERJAYA yang cikgu adik-adik selalu dok habag tu. Insyaallah, malam ini mereka akan berkongsi Tips dan Petua dengan adik-adik macam mana nak jadi seorang yang berjaya ".

Saya lihat selepas tu, ramai yg dok kalut buka buku nota catit setiap kali penceramah memberi tips dan ceramah motivasi masing-masing. Mereka pakat terpaku bila rakan-rakan saya tu dok cerita dan tunjuk gambar-gambar sewaktu depa di Amerika, UK, Ireland dan mana nu.

Saya rasa puas hati sungguh melihatkan sambutan yg begitu menggalakkan dan kerjasama yg begitu baik yg diberikan oleh murid-murid yg hadir tu tambah-tambah tatkala sessi Latihan Dlm Kumpulan (LDK) bila mana sdra Warikh bagi setiap kumpulan teloq seorang sebijik plus bahan-bahan sampingan, dan minta setiap kumpulan design bekas supaya teloq tu tak pecah bila dijatuhkan daripada tempat yg tinggi - 1st year Engineering project masa saya kat US dulu.

Antara babak yg saya rasa agak menarik ialah bila mana saya tunjukkan slide gambar IJAZAH yg saya terima kat Universiti dulu. Rupa-rupanya majoriti budak-budak tu tak pernah tengok pun apa ke benda tu yg cikgu selalu sebut kat depa segulung Ijazah tu. Hah! mlm tu bagi sebahagian besar mereka, buat pertamakalinya depa dapat melihat sendiri apa ke nama tu yg dikatakan sebagai segulung IJAZAH. Moga ia akan menjadi katalist untuk mereka lebih bersemanat untuk menuju ke puncak jaya!.

Bila majlis berakhir, saya puas hati sungguh bila mana sewaktu ceramah penutup budak-budak tu melaungkan dengan penuh semangat kata-kata peransang yg kami berikan, bergema satu dewan:

Kami tak lemah Matematik!
Kami tak lemah Sains!
Kami tak lemah Bahasa Inggeris!
Kami Boleh!
Malaysia Boleh!
(dan beberapa kerat lagi rallying cry yg lain)

Saya sungguh-sungguh puas hati sebab walaupun ceramah motivasi kami hanyalah FOC, secara percuma sahaja sebagai apa nama tu "A Pay Back to Society" - sebagai satu cara untuk kami membayar kembali kpd masyarakat yg bertanggungjawab menaja kami hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika, UK, Ireland dan mana-mana tu - tetapi kami rasa amat berbaloi sungguh bila melihat sambutan penuh bersemangat oleh pelajar-pelajar berkenaan, juga feedback positif yg diberikan oleh 3 orang Guru Bertugas yang hadir itu.

Kami cuma berharap, di tempat lain di Malaysia, akan ada juga group-group yg serupa dengan kami dapat melakukan perkara yg sama. Insyaallah, jika kita sama-sama melakukan kerja amal membantu anak-anak bangsa yang memerlukan, kesinambungan peradaban bangsa kita ini insyaallah akan terus berpanjangan,; dan di akhirat kelak, seperti mana kata org alim: Apabila matinya anak Adam, cuma ada 3 perkara yg dtinggalkan. Antaranya ialah Ilmu yg diajar kpd orang lain, dan dimanafaatkannya dalam kehidupan.

Sekian, sekadar ingin berkongsi cerita, nak habag kata di celah-celah kemelut politik yg melanda bangsa kita ini, masih ada orang-orang kita yg mengambil jalan tengah untuk turun sendiri membantu anak-anak bangsa tanpa mahu menyalahkan mana-mana perkumpulan. Ada masa, jomlah pi turun bimbing anak-anak kita di luar sana ini.

Moga ada manafaatnya.


moniermatdin@yahoo.com
15.7.09

Wednesday, January 14, 2009

Koleksi

Gempa Indonesia: Tsunami 2004 dlm Kenangan

Catatan Aidilfitri 1430H / 2009M

Jln-Jln Bulan Puasa: Anak-Anak Yatim Piatu PAYA KETIAU

Jln-Jln Masuk Kg : Motong Getah RM8/Sehari

Jln-Jln Masuk Kg: The Real "Pejuang Rakyat" dari pedalaman SIK

Jln-Jln Musim Banjir: Lembah Beriah

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Musim Buah

Jln-Jln Cuti Sekolah: the other side of Kuantan

Jln-Jln Pekan Ahad: Demo UBI KAYU (You Tube)

Jln-Jln Masuk Kg: 1 Mei 08 Hari Pekerja - Part 1

Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tua di Kaki RIMBA (paling sadis)

Jln-Jln Masuk Kg: Kisah Puan Zaitun (Ketabahan Seorang Ibu)

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota (Kuala Lumpur)

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota (Kuala Lumpur) Part 2

Jln-Jln Masuk Kampung: Selamat Hari Merdeka

Jln-Jln Bulan Puasa: Kak Mazni - Kisah Ketabahan Seorang Wanita

Jln-Jln Hari Merdeka: Terima Kasih Abu Nur!!

Jln-Jln Hari Maulid: Jadikanlah Kami Anak-Anak Yatim Yg Dimuliakan

Jln-Jln Tahun Baru: Sebuah Rumah Di Lereng Bukit

Jln-Jln Hari Merdeka: Nasib Kami Serupa

Jalan-Jalan Masuk Kg: Demi Anak, Ku Rela Dipijak Gajah

Jln-Jln Hari Merdeka: Sebuah Rumah di Kaki Rimba


Mohd Monier Bin Mat Din,
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia,
University of the Pacific, Stockton.
California. USA
mailto:monier_matdin@yahoo.com