Friday, December 21, 2012

Wargakilang: Kisah Muqorrobun


Bergiat dalam kerja amal membantu org-org miskin/susah bersama-sama dengan NGO Wargakilang ini menemukan saya dengan berbagai cerita mistik, yg kadang-kadang org tak percaya kalau kita cerita.



Saya pernah cerita kisah beberapa pasangan suami isteri yg sudah lama berkahwin tiada zuriat, dikurniakan anak berkat doa org2 tua/susah yang mereka temui di kg-kg pedalaman, kisah seorang sahabat yg akhirnya jadi jutawan mungkin berkat doa seorang makcik tua yg menghuni sebuah rumah berpelantar buluh beratap rumbia nun jauh di pedalaman Baling, juga kisah seorang isteri menulis dalam facebook dengan tajuk “mukjizat” kisah suaminya yg kena dialysis kedua-dua buah pinggang, sudah pun putus harap, akhirnya kembali pulih 100% seperti sedia kala berkat “gotong royong doa waktu antara dua khutbah” oleh sekumpulan activist tetap Wargakilang, dan banyak lagi kisah lain yang saya kategorikan sebagai antara cerita-cerita mistik sepanjang saya bergiat bersama kawan-kawan di Wargakilang ini.

Saya pernah dengan orang alim kata, kalau kita ikhlas membantu di jalan Allah (seperti dlm kerja2 amal kebajikan ini), insyaallah Allah SWT akan kurniakan kita sumber dari rezeki yang tak disangka-sangka, yang pentingnya kita kena yakin, insyaallah Allah SWT akan permudahkan.

Kali ini saya nak cerita satu kisah yang lain yg agak menarik juga.

Beberapa hari lepas, dalam perjalanan menghantar kain baju terpakai yg kwn-kwn kirim, satu Triton (4WD) ke sebuah kg di sempadan Sik/Baling Kedah, saya ditemani oleh seorang sahabat yang saya rasa baru beberapa bulan saja saya kenali thru aktiviti Wargakilang. Sebelum ini saya tak pernah kenal beliau, cuma dalam dua tiga siri akiviti JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) Wargakilang yang terbaru ini saja saya ada ternampak kelibat beliau, begitu aktif menjadi tukang jaga traffic konvoi masuk kg, kejap belakang kejap depan, kejap jaga simpang jalan, berpanas dan berhujan. Selepas Jln-Jln Masuk Kg di Selama-Batu Kurau Perak baru2 ini, saya difahamkan beliau muntah dan demam tak keluar rumah 3 hari, tapi masih belum serik nak join JJMK akan datang.

Dalam perjalanan hantar kain baju terpakai itu, saya cuba kenali beliau lebih mendalam, asal usul dan sejarah hidupnya. Dia cakap, kalau aku cerita kat hang, nanti hang tulis pula. Tapi, tak apalah, kalau hang nak tulis pun tulislah, tapi jangan sebut nama aku; moga boleh jadi pengajaran kat orang lain.

Intipati ceritanya, kalau Tuhan nak bagi hidayah, Dia tak kira siapa; banyak mana pun dosa kita, kalau kita ikhlas nak taubat, insyaallah Tuhan akan bantu.

Dia cerita kisah hidupnya – yg saya nak kena tapis hat mana boleh tulis hat mana tak boleh tulih – kisah zaman gelapnya, kisah zaman jahiliahnya, kisah zaman songsangnya, kisah zaman gangster dgn geng-geng %@$#X# nya pukul orang merata tempat, tak tau hidup atau mati dll. Sekali tu, entah macam mana terlintas dalam hati dia kata, enough is enough, cukup dah kerja-kerja maksiat dan zaman jahat ini, nak kena balik ke pangkal jalan.

Masalahnya, nak balik ke pangkal jalan dengan maksiat dan dosa bertimbun ini bukan satu kerja yang mudah, macam mana nak buat. Hati putih dia membisik kata: “Cuma satu cara saja kalau hang nak bertaubat dan cuci semua dosa-dosa hang tu, hang kena pi Mekah, taubat depan kaabah, pi umrah”.

So, tanpa fikir apa-apa lagi, sahabat ini terus register nak pi umrah, dia org utara tapi pi register dengan geng-geng Negeri Sembilan ka mana. Dia kata dia tak pi kursus mana-mana, cuma pi beli buku tips/panduan umrah, itu saja.

Seminggu dua sebelum nak pi Mekah, tak semena-mena tangki air rumah dia pecah/melimpah bocor turun. Ada kawan rekomen dia seorang pakcik tukang repair rumah. Dia call pakcik itu mai rumah. Pakcik ini mai tengok, pakcik tu habag minggu depan baru boleh repair, sahabat ni kata minta tolong repair cepat2 sebab dia nak pi umrah.

Sembang pi sembang mai, pakcik tu tanya hang kursus dah ka nak pi umrah ni, dia kata tak kursus mana aih, pakai ikut buku saja. Pakcik ni geleng kepala. Diringkaskan cerita, beliau akhirnya dibawa oleh pakcik repair rumah ini bertemu dengan seorang Tok Guru Pondok di sebuah pondok di pedalaman Kulim, Kedah.

Sahabat ini habag kat Tok Guru pondok itu niat dia nak pi umrah, minta ajaq serba sedikit sebab dia bukan takat tak tau apa-apa pasal umrah, tapi baca Quran pun tak berapa reti. Beberapa hari selepas berkursus dengan Tok Guru pondok ini, kawan kita ini pun berangkat ke Mekah menunaikan umrah.

Dia kata:

“Hang tau dak Monier, Tok Guru Pondok itu habag kat aku bila aku sampai Mekah nanti aku akan diuji macam-macam, aku akan bertemu benda itu benda ini, aku akan diuji macam itu macam ini. Hang tau dak, aku terkejut besar sebab apa yang dia cakap tu, aku jumpa satu-satu”

(Sebenarnya benda-benda yang dia jumpa itu, saya nak cerita kat sini pun tak berapa reti sebab saya sendiri tak pernah pi Mekah, tak tau nak mola tang mana)

Antara yang saya ingat, dia cerita kisah dia menangis sepanjang proses menunaikan umrah, Tuhan Uji dia seolah-olah macam dia ni – mungkin sebab banyak sangat dosa kot– tak diterima untuk jadi tetamu Allah untuk buat umrah itu.

Antaranya dia cerita waktu dia buat Saei, dia ikut rombongan ramai-ramai dengan Ustaz ketua rombongan jalan kat depan, dengar ustaz tu bagi penerangan satu satu. Dia tak sampai hati tengok sorang budak pompuan dok tolak kerusi roda mak dia yang dah tua, uzur kena stroke. Dia suruh budak tu ikut Ustaz, dia ambil alih tolak dari belakang. Sampai kat tempat buat Saei, hat kerusi roda kena naik atas. Bila naik atas, dia dah terpisah dari rombongan, dia dah tak tau mana nak pi dan apa nak buat lepas tu, tang mana nak mula saei dan sebagainya. Nak tanya makcik tu pun, makcik tu kena stroke, x boleh cakap. Di tanya org yg lalu lalang, semuanya sibuk dgn urusan masing2 dan tak semua boleh cakap inggeris.

Dia kata, dia berenti kat situ, tak tau nak buat apa, menangis sebab dia rasa macam Tuhan tak mau terima dia, tersedu-sedan merayu kat Tuhan, minta ampun dan minta dibuka jalan supaya dia boleh siapkan ibadat saei tu. Lepas tu antara sedar, dia nampak signboard bertulis safa, so dia start dari situ, dia kata di tawakkal ja kata Allah terima ibadah dia tu.

Bila dah siap, tak tau jln nak balik hotel pulak, sekali lagi dia menangis, minta ampun kat Tuhan, dia suruh makcik yg kena stroke itu sama-sama tadah tangan, dia munajat minta doa dalam keadaan air mata meleleh mengenangkan dosa-dosa dia tu, dia hanyut dlm doa dan limpahan air mata dia tu, sedar2 dah jam 2 pagi. Entah mcm mana selepas tu, cuma ikut langkah kaki dan gerak hati saja, alhamdulillah depa 2 org selamat sampai ke pintu hotel.

Lepas tu dia spend kebanyakan masa dia di masjid, buat tawaf, merayau sorang-sorang merata ceruk masjid, boleh dikatakan setiap inci masjidil haram dia jejaki, terus terpisah dia dgn geng2 umrah tu, dia sorang-sorang munajat dan menangis minta ampun sepanjang masa.

Sekali tu dia cerita dia tak sedar tapak kaki melangkah masuk kawasan nun jauh mcm lorong/laluan/gua bawah tanah bawah masjidil haram, dia jumpa benda-benda pelik, kasut bertimbun membukit, orang tolak troli, dijaga oleh seorang wanita tua; org tua tu salam dia. Waktu disesatkan ke situ, dia dpt dengar bisikan hati dia kata suatu nanti dia akan mati di Mekah, dan dikebumikan di situ, wallah huaklam.

Sekali tu, waktu merayau di masjidil haram, dia terdengar satu suara yg lunak merdu sedang membaca Al-Quran, dia pi dekat tapi tak nampak wajahnya sebab litup pakai jubah serban tutup kepala. Dia kata, punya la sedap kwn tu baca hinggakan dia tak sedar air mata dia deras mengalir.

Bila hamba Allah tu dah habis baca, dia pi bagi salam dan tegur hamba Allah tu. Dia cakap dlm bahasa inggeris kata dia berkenan sungguh dengar beliau baca Quran, tapi dia sendiri tak reti baca Quran, dia minta boleh dak tolong ajar & baca kat dia suruh al-Waqiah. Hamba Allah tu pun suruh dia buka Quran, dia cari surah al-Waqiah tak jumpa – sebab dia memang tak tau pun surah tu tang mana.

Hamba Allah tu tolong cari, dan baca kat dia sampai habis. Dia habag punya la sedap hamba Allah tu baca, air mata dia mengalir lagi laju, dia kata bacaan tu masuk satu-satu ke dalam dada dan melekat di padang ingatan dia – sampai hari ini dia boleh baca surah tu, boleh ingat setiap baris dan ayat mcm baca ABC saja. Hebat.

Last sekali, sebelum nak beredar hamba Allah tu peluk dan baca doa untuk sahabat ini. Bila hamba Allah tu dah beredar, ada org mai tanya dia, hg kenai dak dia tu siapa? Dia kata tak kenal. Depa habag, itu lah dia Imam Besar Masjidil Haram.

Patutlah, bila saya kena admitted masuk hospital kena heart attack baru2 ni, org lain bawa mai buah dan bunga, tapi sahabat ini bawa mai kat saya naskah Al-Quran – dia kata hadiah dari dia, siap bubuh book-mark kat Surah Al-Waqiah suruh saya baca surah tu bila ada kelapangan. Waktu saya 5 jam di ICU, antara tidor dan jaga saya sempat baca surah Al-Kahfi, Al-Mulk, Al-Hadid dan beberapa surah lain termasuklah Al-Waqiah.

Bila sampai kat satu ayat dalam surah Al-Waqiah, saya terus teringat sahabat ini bila mana saya bertemu dengan-ayat yg menceritakan kisah golongan yg terpilih untuk menghuni syurga Allah di akhirat kelak yang disebut sebagai golongan “MUQORROBUN” (Al-Waqiah, ayat 11).

Saya teringat sahabat ni kata kat saya:

“Hang tau dak Monier, dalam munajat aku di hadapan Kaabah, aku minta ampun kat Tuhan, aku nak tinggal dah benda-benda jahat ini. Aku minta supaya bila aku balik Malaysia nanti aku dipertemukan dengan manusia-manusia MUQORROBUN”

Kemudian dia kata:

“Ha, kalau hang nak tau, hangpa inilah – geng geng Wargakilang inilah yang aku minta DOA tu!!”

Meremang bulu roma saya.

Saya menyimpan harap mudah-mudahan kerja buat rakan-rakan di NGO Wargakilang membantu orang miskin ini akan mendapat keredhaan Allah SWT, dan moga di Akhirat nanti kita semua akan termasuk ke dalam golongan MUQORROBUN yang dijanjikan. Mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com
22.12.12

5 comments:

Unknown said...

semoga semua Urusan warga kilang dipermudahkan. .Amin

Unknown said...

Saya membaca catatan ini sesudah selesai mengerjakan solat isya. Menitis airmata saya dengan kisah yang dipaparkan. Teringat saya satu kata-kata hikmah yang berbunyi "tiada orang jahat yang tiada masa depan, dan tiada orang baik yang tiada masa silam". Alhamdulillah,bersyukurlah kepada Allah kerana saudara dipertemukan dengan sahabat itu, dan bersyukur juga kerana menjadi golongan muqorrobin yang disebutnya. Allah huakbar ..

Unknown said...

allahuakbar.. allahuakbar...

Unknown said...

Subhanallah. .Alhamdulillah. . Allahuakbar. . Lailahaillallahh. .

Sebuah Catatan said...

Aamiin Ya Robbal'Aalamiin